Korang mesti penah stress...yelah hidup kita nie mesti ada masalah kan..sedikit sebanyak masalah tue buat kita stress..kadang-kadang orang sekeliling kita buat kita stress..tak kira la sesiapa pun..di tempat kerja ke, kawan-kawan ke, bf/gf ke ataupun family..so bermula dari diri kita macam mana nak hadapi stress...aku ada beberapa tip yang boleh dikongsi ngan korang sume...sebab aku pun stresss....hahahahahaha...


1. Senyum : Korang mesti mengeluh atau cakap sorang-sorang bila masalah menimpa korang kan..muka jangan cakap la....klu letak sebelah monyet pun..monyet lagi ensem..hahahaha..apa kata korang hadapinye dengan senyum..sedikit sebanyak korang akan rasa lega walaupun masalah tue berat. so lepas nie setiap kali tertekan atau ada masalah cuba senyum..jangan buat muka masam..bak kata orang tua nanti cepat tua..hahahahaha..


2. Bersendirian : Aku klu ada masalah atau tertekan aku suka bersendirian..tak kira pegi mana pun..yang penting dapat berfikir dengan tenang. Cuba korang pergi ke tempat-tempat korang rasa tenang. Macam tepi pantai ke Air Terjun ke..dalam bilik ke..apa-apa la yang penting bila dah bersendirian berfikirlah secara waras untuk menghadapi segala masalah dan tekanan...


3. Bertenang : Apabila kita menghadapi stress, tarik nafas dalam-dalam kemudian hembuskan. Jangan kusutkan kepala untuk berfikir. cuba bertenang. jangan buat sebarang keputusan semasa kepala ngah serabut..Nanti bertambah stress kerana apa jugak keputusan dalam keadaan sebut tidak akan mendatangkan penyelesaian.Pujuk diri supaya bertenang.. dengan pejamkan mata dalam kiraan 10 sambil itu tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan.. Insya Allah....


4. Berbuat Baik Pada Insan : Tak perlu korang nak marah-marah tak tentu pasal nak menunjukkan korang ngah stress..cuba buat baik dengan orang sekekeling korang. sekurang-kurangnye orang sekeliling korang akan respek klu korang dalam keadaan stress tapi korang masih mampu berbuat baik..kalu tak mampu..baik korang diam kan diri ataupun tinggalkan sekeping nota untuk memberitahu korang tak mahu diganggu..


5. Jadi Seorang Pemaaf : Memang susah nak maafkan orang tapi dengan cara ini boleh membuatkan hati lebih tenang sebab dendam atau rasa sakit hati akan hilang...menjadi seorang pemaaf adalah lebih mulia dari meminta maaf..


6. Pelukan : Bila kita nak menangis mesti kita harap ada orang memeluk kita kan..orang yang paling layak untuk kita peluk adalah IBU kita..sebab ibu melahirkan kita..dia tahu bagaimana nak tenangkan anak dia..tak pun kawan-kawan korang...kawan baik korang yang boleh mendengar...ataupun klu ada teddy bear..peluk teddy bear...mungkin boleh melegakan tekanan...


7. Lavender : Mesti korang fikir..apa lavender mampu buat..?? haa..lavender di katakan mampu membuat seseorang itu berasa tenang..dengan memasang aroma terapi berbau lavender akan membuat fikiran kita jadi tenang dan nyaman..tak percaya cubalah...


8. Kasih Sayang : Manusia dilahirkan dengan kasih sayang..pergilah dekat dengan orang yang tersayang. Luahkan pada mereka. dengan kasih sayang mereka korang akan berasa dekat dengan mereka dan tidak terasa jauh....


9. Allah : Sesungguhnya tiada yang sempurna melainkan Dia...Mohonlah petunjuk-Nya..Mohonlah Ketenangan dari-Nya..Mohonlah kesabaran hati Dari-Nya...Sesunggunyah Dialah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....


10. Ceria : Akhir sekali aku nak cakap..tak perlu nak kusut-kusut..ceriakan diri korang..setiap perkara mesti ada jalan...apa yang berlaku mesti ada hikmah..hidup mesti diteruskan....

Tip-tip nie aku ceduk kat mana-mana dan juga pengalaman aku sendiri...semoga dapat la rasa enjoy dengan hidup korang.....jangan cedih-cedih yer...yang penting kita Enjoy!!

0 comments:

Post a Comment