Hahahahaha..apa la yang tarik tue kan...nak crite nie..sambungan entri yang lepas...nak crite kan seorang wanita akan menarik 4 golongan lelaki ke dalam Neraka bersamanya...huh..!! Nauzubillah...minta dijauhi..Aminnn...


4 golongan lelaki yang akan ditarik ke dalam NERAKA  oleh seorang WANITA...

Seseorang wanita itu apabila di akhirat kelak akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah......... artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul.

Pertama:- Ayahnya 
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. 

Kedua:- Suaminya 
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.. apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim etc, solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya. 

Ketiga:- Abang-abangnya 
 Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.. 

Keempat:- Anak lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak........nantikan tarikan ibunya. 

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..... maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. 

Firman ALLAH SWT:- 

"HAI! ANAK ADAM, PELIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..."


Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda... kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri...... jalankan perintah ALLAH SWT bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.. Akhir kalam,marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga, ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita. SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG M!EMASUKINYA TANPA HISAB. AMIN...YA RABBALALAMIN 


Susah ker jadi lelaki ni...sapa boleh jawab. Haa..susah ke..senang kan...leh pakai suar pendek. pakai singlet pon ok jer...tak pakai baju lagi tak kisah kan...pergerakan senang. aurat dari pusat ke lutut. tak payah nak tutup semua kann....senang kan jadi lelaki..hahahahahahaha..aku bukan nak bagi tazkirah. Tapi sebagai sahabat dan seoarang Islam aku hanya menyampaikan....


Beb..jadi seorang lelaki bukan mudah disangka..tanggungjawab seorang lelaki begitu besar..hanya iman dan taqwa jer yang dapat menolong meringan beban yang ditanggung...nak tahu apa tanggungjawab seorang lelaki...ok sama2 kita hayati...huhuhuhu..cam ustaz plak..





Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya
adalah seperti berikut:-

LELAKI

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-
LELAKI

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT. 

WANITA

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya.
7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.